.

1.JUN.13

Tentang DHIA

Assalamualaikum Dhia.
siapa Dhia dalam hati Aisyam yang dulu dan sekarang. Perjalanan Aisyam bertemu,berjumpa,berbual,berjalan dan macam-macam lagi bersama Dhia. Aisyam pun tak sangka cinta dan sayang Aisyam terhadap Dhia sangat kuat. Setiap dalam doa Aisyam sentiasa ada Dhia. Walaupun Dhia hadir dulu dalam hidup Aisyam tapi Aisyam hargai sangat pertemuan kita. Pada Aisyam, Dhia sangat berbeza dari perempuan-perempuan lain yang Aisyam pernah kenal. Lemah lembut, sopan,  kejujuran, percakapan, pergaulan Dhia memang Aisyam tertarik dengan Dhia. Rasanya mampu tak Aisyam jaga, hormat, dan paling utama mampu ke Aisyam tunggu Dhia? 
persoalan ni selalu berjalan dalam fikiran Aisyam.

#Siapa Dhia yang dulu pada Aisyam...
Sebelum Aisyam kenal Dhia, Aisyam hanya anggap Dhia seorang perempuan insan biasa.
Walaupun Dhia tahu Aisyam rapat dengan Amalina, tapi pada masa yang sama Dhia hadir dalam hidup Aisyam. Rasanya Aisyam hanya anggap itulah suratan hidup yang telah ditetapkan Allah.
Bila Dhia kenal Aisyam pada masa yang sama Aisyam dengan Amalina hanya kawan rapat yang dianggap kekasih atas kertas yang kosong. Dalam diam Amalina dalam hatinya ada orang lain. Aisyam tak sangka kawan rapat Aisyam sendiri, Budriz telah menetap dalam hati dia. Selama ni dia hanya diam dan terus mendiam. Aisyam hanya boneka yang dimain kan dengan tangan. Aisyam kenal Amalina sejak dari sekolah rendah lagi di SK Gemereh. Aisyam tak sangka yang Amalina pindah kat SMK Bandar Putra. Kadang-kadang Aisyam pergi rumah Amalina dengan harapan Aisyam dapat cari kebahagian Aisyam yang dulu.
Nabilah binti Fuad...
Aisyam kenal dia masa darjah 5 kat SK Gemereh. Dia juga jiran Aisyam, sebelah rumah masa kat Taman Bunga Raya, Gemereh. Tak sangka kitorang boleh pindah rumah serentak masa darjah 6. Aisyam pindah Bandar Putra, Nabilah pindah Tasik Alai. Sejak dari tu lah kitorng mula berjanji untuk menanti bertemunya kembali. Aisyam mampu tunggu dia selama 5 tahun tapi kesetiaan dia hanya pada percakapan dan luahan yang dihembus biar terbang ditiup angin supaya hilang dengan mudahnya. Amalina kawan rapat Nabilah masa diaorang sekolah menengah masa Form1,2,3. Cerita demi cerita, janji yang lama hanya duit 10sen yang bersepah tepi lecak. Sejak dari tu lah Aisyam mula rapat dengan Amalina. Aisyam ajar Amalina lukisan kejuruteraan kat rumah dia sebab sebelum dia sekolah Gemereh Amalina kelas Sains Tulen. Lama-kelamaan hati Aisyam terdetik satu bisikan perlukah Aisyam terus rapat dengan Amalina yang Aisyam sejak dari dulu anngap dia kawan rapat. Itulah bisikn Aisyam yang benar. Apapun Aisyam berserah dan mungkin itulah yang terbaik buat mereka. Hati Aisyam kosong dan terpaku dengan harapan harap hati ini mampu terbuka untuk insan bernama perempuan.
 Radhia binti Adan...
 itulah nama yang Aisyam anggap anugerah besar dalam hidup Aisyam. Aisyam tak tahu kenapa Aisyam selalu perhatikan Dhia. Dan lama-kelamaan Aisyam perlu berterus terang dengan Dhia yang Dhia telah buka hati Aisyam apakah cinta,sayang,kehidupan kerana Allah. Fikiran Aisyam perlu matang dan keputusan yang dibuat adalah benar. Radhia, satu nama yang Aisyam nampak mudah dibaca tapi hakikatnya susah untuk diungkap dalam hati. Sampai sekarang Aisyam mencari jawapan mengapa ia nya sangat susah tapi mudah untuk menyayangi,percaya, dan setia untuk Dhia. Aisyam mula mesej Dhia supaya satu hari Aisyam dapat makna disebalik pertemuan kita. Hari demi hari, rindu dan sayang Aisyam terhadap Dhia hanya Allah yang tahu. Tapi, hari yang dilalui mesti datang nya cabaran dan dugaan. Bila kita mula rasa antara satu sama lain sejak tu akan hadirnya cabaran yang perlu kita atasi. Aisyam perlu sambung berlajar buat yang terbaik untuk kita berdua suatu hari nanti. Aisyam dengan Dhia mula berjauhan. Aisyam anggap ianya hikmah dari Allah supaya kita dapat mendoakan antara satu sama lain secara langsung kita masih ingat pada Allah.
Terus tunggu dan menunggu hadirnya orang ketiga dalam perjalanan kita. Doa kita mampu atasi semua dugaan dan cabaran yang kita lalui. Alhamdulillah, Dhia tetap bersama Aisyam lagi.
Hati Aisyam mula terdetik dengan cara apa Aisyam mampu dapat rapat dengan Dhia. Aisyam tabahkan hati untuk tanya Dhia. Dan jawapan Dari Dhia...
| Dhia nak Aisyam bimbing Dhia unutk terus berada dijalan Allah. |
Ia nya mungkin jawapan yang mudah tapi hakikat sebenar berat untuk Aisyam tanggung.
Sehingga Aisyam tak dapat nak tidur fikirkan yang terbaik untuk kita.
Aisyam terus anggap itu satu cabaran dalam hidup Aisyam sehingga laksananya Dhia dengan Aisyam satu hari nanti. Ia memang perjalanan kita jauh lagi, harapan Dhia sekaramg pun Dhia nak cemerlang SPM.
Harapan Aisyam ialah menjadi seorang imam yang mampu memimpin. Aisyam tekad untuk berlajar sampai Ijazah. Apa yang Aisyam buat sekarang ni adalah yang terbaik untuk Ibu, Ayah, Keluarga dan Dhia.
Nikmat yang paling bahagia bila Aisyam bersama dengan Dhia dijalan Allah.
Ingat, bila kita bahagia jangan lupa orang dibelakang kita kerana orang-orang ni la jadikan kita tabah hadapi situasi.


#siapa Dhia yang sekarang pada Aisyam...
  • Seorang Kekasih yang sentiasa dalam hati
  • Insan yang membuka hati dan mata Aisyam untuk kenal erti kehidupan dijalan Allah yang sebenar.
  • Tiada yang mampu untuk ganti Dhia dalam hati Aisyam.
  • Seorang insan yang Aisyam percaya,setia,sayamg,rindu.
  • Masih mencari jawapan mengapa Dhia mampu buka hati ini untuk mengenal kehidupan didunia dan akhirat.
  • Bila seseorang yang lain hadir dalam hati, tapi berat untuk melupakan Dhia.
  • Terus mengenal keistimewaan ada pada Dhia.
  • Terus berdoa untuk kekal bersama hingga Ijab dan Qabul.
  • Terus tunggu dan menunggu.
  • Ingin menjadi seorang lelaki yang mampu membawa perempuan kejalan yang benar, jalan Allah.
  • Sentiasa bersyukur hadirnya Dhia dalam hidup Aisyam.
  • masih tertanya-tanya mampukah ni semua berjalan yang kita hajat dan doakan.
  • Dengan Harapan dan janji, Aisyam buat yang terbaik untuk kita berdua.
Terima kasih Dhia..... Aisyam sayang Dhia dunia akhirat.

Radhia Binti Adan