10 July 2013

Kehidupan tidak diDuga


Diploma In Architecture Kuala Lumpur Metropolitan University College
Kehidupan kita bukan seperti apa yang kita mahu. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba nya. Kita sebagai hambanya, hanya mampu berdoa dan berserah lalu diteruskan dengan usaha dan tawakkal. Jadi mahu atau tidak terpulang kepada kita untuk menerimanya dengan rela,pasrah,redha dan ikhlas.
30 Mei 2013...
 tarikh aku mula mendaftar di bangunan yang dikatakan tersegam indah oleh media-media.
Tapi sebelum tu aku nak cerita macam mana aku boleh mendaftar diri disini.
Selepas keluar keputusan SPM yang selama ni aku cuba usaha yang sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk aku masuk ke IPTA. Cita-cita aku selama dari sekolah rendah yang aku anggapnya sekarang sudah hancur. Keputusan yang aku dapat semasa SPM tidak layak untuk aku ke IPTA dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina. Walaupun aku sudah cuba yang terbaik tapi Pizik dan Kimia, membuatkan diri aku berasa siapa aku dan dimana aku berada. Semangat dan keyakinan terus bermain dalam diri supaya untuk terus berusaha dan menjauhkan diri dari persetankan dengan rasa putus asa.
Pelbagai surat yang dikirimkan oleh pihak-pihak swasta mahupun yang separuh kerajaan,seperti UNIKL,KPTM,UNITEN,CITY U dan macam-macam lagi. Tetapi aku tetap dengan pendirian aku yang selama ni untuk mencapai cita-cita aku sejak dari sekolah rendah lagi. Bagi IPTA, UiTM dan UIAM yang menawarkan jurusan Senibina itu pun Ijazah dan bagi Diploma tiada, sebab terlalu ekslusif bagi jurusan Senibina. Ada orang cakap Senibina ni terlalu ramai di luar sana sebagai diploma, jadi sebagai seorang Arkitek mereka perlu mencapai tahap yang tinggi. Pada mualanya, aku sudah menaruh harapan untuk mendaftarkan diri di IPTS iaitu City University.
Semua laman sosial yang mengenai CityU aku geledah untuk pastikan sama ada ia nya memuaskan atau tidak. kebanyakan aku tengok semuanya lebih kepada keburukan.
Ia lah,manusia bila benda buruk semua diceritakan nya tapi bila perkara baik yang mulia mereka senyap.
 Hari demi hari terus berlalu, Pak Cik aku dari Sabah nama dia Kasran.
Pekerjaan dia lebih kurang macam jurukur lah...
Dia yang cadangkan cuba tengok-tengok IPTS ni, iaitu KLMU. Katanya KLMU ada banyak cawangan.
Jadi, mungkin mereka sudah banyak pengalaman dalam pengurusan. Tapi sebaliknya KLMU ni lebih kurang sama je macam IPTS yang lain... Aku cuba juga isi UPU, mana lah tahu dapat kat UiTM ke, UIM ke...
Tunggu punya tunggu, bagi jurusan Senibina perlu ada Interview. Salah satu pengumuman yang awal ialah jurusan Senibina di UiTM. Aku terus semak UPU, dengan perasaan yang berdebar,gemuruh,seronok...
"Maaf,anda tidak diterima.Terima Kasih.."
Jatuh airmata, hati mula terjenak satu ungkapan " adakah hidup aku sudah berakhir? "
Hati mula bermain-main dengan bisikan hati yang sering merungsing di fikiran. Pada mulanya, aku sudah berputus asa untuk meneruskan cita-cita aku dan ingin mengubah cita-cita yang baru iaitu menjadi seorang cikgu. Hari terus berlalu, akhirnya seluruh keputusan UPU telah diumumkan. Aku tetap gagal untuk mencapai cita-cita. Aku terus semak...
" Tahniah, anda diterima di Politeknik Premiur Salahuddin Shah di Shah Alam dalam jurusan Kejuruteraan"
Pada masa yang sama aku telah pun mendaftar di KLMU. Dengan wang yang aku cari dengan hasil titik peluh aku bekerja di kedai makan Mak Cik aku sendiri. Tanpa fikir panjang aku menolak tawaran yang diberikan. Aku tetap dengan cita-cita aku yang dulu. Ibu pun tak kesah, janji aku teruskan pelajaran.
Ibu tahu itulah yang terbaik untuk aku. Bab duit ni ibu cakap jangan risau, ada je rezki yang ayah dapat.
 Tak perlu lah risau, fikir je untuk pelajaran..
Aku rasa mungkin ni satu cabaran dalam hidup baru aku untuk terus mengenal erti kehidupan sebenar.
Apa pun aku akan buat sedaya yang mungkin untuk Mereka dan Dia.


Alhamdulilah, sekarang sudah dua bulan aku disini. Disini lah aku kenal erti kehidupan yang sebenar. 
Walaupun sebelum ni aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga, tapi aku dapat berdikari dengan sebaiknya. Sosial di KL ni memang jauh beza dengan Segamat. Pada pendapat aku, aku rasa Segamat adalah tempat yang paling mulia jika dibandingkan dengan daerah-daerah yang lain. 
Kadang-kadang aku terfikir juga bila aku masuk ke IPTS ni adakah orang-orang akan pandang rendah pada kita??? Kebanyakan pensyarah-pensyarah kat sini semuanya dari IPTA. Contohnya Prof.Ishak iaitu pensyarah Architect dari UIM. Ramai lah juga yang berjaya adalah dari IPTA.
Semangat terus membara dalam diri untuk membuktikan tanggapan aku selama ni salah.
Menuntut ilmu dimana-mana pun boleh yang penting niat tu biarlah ikhlas dengan usaha yang kuat.
Ramai lah juga kawan-kwan aku yang masuk IPTS tapi separuh kerajaan lah. Kat KLMU ni katanya dalam proses bersama kerajaan tapi entah ia entah tidak. Cakap je lebih,tapi kosong banyak.
Pandangan aku mungkin jauh lagi. Harap masa aku study kat sini takde lah yang fail.
Selepas habis diploma aku nak sambung Ijazah di IPTA pula. Ijazah dua tahun dan diploma aku sekrang ni 3 tahun. Mungkin dalam 6 atau 7 tahun lagi aku habis berlajar.
Nak cari kerja untuk masa akan datang tak tahu lah senang ke susah. Berdoa dan berserah je lah pada Allah. Yang penting akud ah buat sedaya yang terbaik.

No comments :